Hebahan: Pelawaan Merekabentuk Logo Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2016



PELAWAAN UNTUK MEREKA BENTUK LOGO SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2016

1. Adalah dimaklumkan bahawa Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) telah dianjurkan setiap tahun susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991 Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. Minggu Alam Sekitar Malaysia disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

2. Sempena tahun sambutan ke-25 pada tahun 2016, atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar maka pada tahun ini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environmental Day). Tema HASN pada tahun ini adalah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

3. Sehubungan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin mempelawa tuan/puan sebagai warganegara Malaysia untuk memberi sumbangan idea dalam mereka bentuk Logo Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2016. Adalah diharapkan Logo HASN yang terpilih nanti akan dapat menarik segenap lapisan masyarakat untuk menghayati dan menghargai alam sekitar. Terma dan Borang Penyertaan adalah seperti di Lampiran. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 April 2016.

4. Pihak kami mengalu-alukan penyertaan tuan/puan untuk mereka bentuk Logo Hari Alam Sekitar Negara 2016 sebagai usaha bersama ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

5. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi pegawai Jabatan ini iaitu En. Azwadi Ahmad di talian 03-8871 2068 / email: aswadi@doe.gov.my.

“ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

URUSETIA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2016
JABATAN ALAM SEKITAR

Muat Turun:-
Hebahan Pelawaan Merekabentuk Logo HASN 2016
Pelawaan Merekabentuk Logo HASN 2016 – Terma & Borang Penyertaan

Logo HASN 2016-Banner-28.3.2016