Promosi & Sebaran Maklumat


Bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian kepada masyarakat awam, Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan program promosi dan sebaran maklumat mengenai kesedaran alam sekitar menerusi pelbagai medium. Antaranya adalah seperti bahan-bahan penerbitan dan bacaan serta kempen hebahan maklumat menerusi media massa.

Selain daripada itu, Jabatan Alam Sekitar turut mengadakan pogram perkongsian dan sebaran maklumat menerusi media sosial selaras dengan perkembangan kaedah penyampaian awam terkini. Jabatan Alam Sekitar telah membangunkan Facebook Rakan Alam Sekitar bagi tujuan tersebut. Ikuti Facebook Rakan Alam Sekitar di pautan berikut (Klik sini).

Sebarang maklumat boleh dirujuk di Laman Web Jabatan Alam Sekitar di www.doe.gov.my