Sertai Rakan Alam Sekitar


Daftar Keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS): KLIK SINI

Kumpulan sasaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) terbuka kepada semua warganagera Malaysia tidak kira peringkat umur termasuk pelajar sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi, pekerja sektor awam / swasta, orang awam dan lain-lain.

Pendaftaran keahlian RAS boleh dibuat menerusi Borang Pendaftaran Keahlian yang boleh diperolehi daripada Urusetia Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat dan Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Pendaftaran penyertaan keahlian Rakan Alam Sekitar diproses oleh Urusetia Rakan Akan Sekitar berdasarkan maklumat lengkap yang diperlukan.

Pendaftaran keahlian RAS menerusi organisasi seperti sekolah, institusi pengajian tinggi, syarikat, persatuan, kelab dan lain-lain boleh dibuat dengan menghubungi Urusetia Rakan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat atau Jabatan Alam Sekitar Negeri.

Sertai RAS