Aktiviti Menerusi Program Rakan Alam Sekitar


Pelaporan / Aduan Kes-kes Pencemaran Alam Sekitar

Aktiviti-aktiviti Rakan Alam Sekitar meliputi pelaporan / aduan mengenai kes-kes pencemaran dan kerosakan alam sekitar kepada Agensi-agensi Kerajaan yang bertanggungjawab untuk tindakan, program mencegah dan mengawal pencemaran, memperindahkan kualiti alam sekitar (The enhancement of environment) dan kempen pendidikan dan kesedaran alam sekitar.

Aduan berkaitan pencemaran alam sekitar boleh dilakukan melalui panggilan telefon. Bilik kawalan Ibu pejabat JAS beroperasi 24 Jam. Talian Aduan kepada Jabatan Alam Sekitar adalah seperti berikut:-

Talian Aduan: 03-8889 1972
Hotline Jabatan Alam Sekitar (JASLine): 1-800-88-2727

Aduan berkaitan pencemaran alam sekitar juga boleh dilakukan melalui E-mel dan Borang Atas Talian seperti berikut:-

E-mel: aduan_k@doe.gov.my
Borang Atas Talian: E-Aduan

Aduan awam yang diterima oleh Ibu pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) dikendalikan oleh Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan JAS. Aduan-aduan yang diterima oleh Unit Operasi adalah melalui surat, faks, emel, laman web, telefon atau hadir sendiri ke pejabat JAS berhampiran untuk membuat aduan.

Alamat Jabatan Alam Sekitar Ibu Pejabat:-

Jabatan Alam Sekitar
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Aras 1-4, Podium 2 & 3
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya
Malaysia.

Senarai Alamat Jabatan Alam Sekitar Negeri dan Cawangan:- Klik

Jenis-Jenis Aduan Dalam Bidang Kuasa Jabatan Alam Sekitar

  • Pembakaran Terbuka
  • Pelupusan Haram Buangan Terjadual
  • Pencemaran Air Daratan (Sungai,Tasik, Alurair) yang Disebabkan oleh Punca-Punca Industri
  • Pencemaran Udara (Kilang/Industri/Premis)
  • Pencemaran Udara (Kenderaan)
  • Tumpahan Minyak

Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar

Program Rakan Alam Sekitar turut dilaksanakan menerusi Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar Jabatan Alam Sekitar seperti berikut:-

  1. Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS)
  2. Program `Projek Wira Alam’
  3. Program Sambutan Hari Bumi (Bersempena Hari Bumi pada 22 April setiap tahun)
  4. Program Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (Bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia pada 5 Jun setiap tahun)
  5. Program Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) (Bersempena Minggu Alam Sekitar Malaysia pada 21 Oktober hingga 27 Oktober setiap tahun & Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober)
  6. Program Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)
  7. Program Bandar Lestari Anugerah Alam Sekitar
  8. Program Anugerah Langkawi
  9. Program Sebaran dan Hebahan Maklumat Mengenai Alam Sekitar Menerusi Penerbitan dan Media
  10. Program Penerbitan Mengenai Alam Sekitar: Laporan Tahunan Jabatan Alam Sekitar, Laporan Kualiti Alam Sekeliling (Environmental Quality Report, EQR), Majalah Impak, Majalah Era Hijau
  11. Program Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi
  12. Program Pra-Sekolah Lestari
  13. Program Promosi dan Kesedaran Alam Sekitar kepada Orang Awam dan Industri (Seminar, Ceramah dan lain-lain)
  14. Pameran Alam Sekitar
  15. Program Kesedaran Alam Sekitar (Penanaman pokok, konservasi alam dan lain-lain)
  16. Sukarelawan Rakan Alam Sekitar dalam Penganjuran Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar