Minggu Alam Sekitar Malaysia


Logo MASM-2

Pengenalan

Persidangan Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) pada 18 hingga 24 Oktober 1989 telah memperkukuhkan lagi pengurusan alam sekitar dengan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada 21 Oktober 1989. Sempena tarikh bersejarah ini, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong telah mengishtiarkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Hari Alam Sekitar Malaysia. Sambutan ini diadakan selama seminggu iaitu dari 21 hingga 27 Oktober dan dikenali sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM).

Sambutan MASM juga telah dianjurkan di negeri-negeri bagi meningkatkan komitmen Kerajaan Negeri dan memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam pengurusan alam sekitar negara. Pelbagai aktiviti lain turut dianjurkan dengan kerjasama pihak swasta, industri dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Objektif

Objektif sambutan ini adalah untuk:-

  1. Meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan orang ramai
  2. Mengeratkan dan mempertingkatkan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam pengurusan alam sekitar; dan
  3. Menggalakkan kerjasama di antara pelbagai agensi seperti pertubuhan bukan kerajaan, agensi-agensi swasta, individu dan sebagainya dalam usaha pemuliharaan alam sekitar.

Tema Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia

Setiap tahun Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mempunyai temanya yang tersendiri. Senarai tema bagi Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia mengikut tahun adalah seperti berikut:-

1978: Pembangunan di Dalam Lingkungan-lingkungan Alam Sekitar

1979: Alam Sekitar Bermutusuai Untuk Kanak-Kanak

1980: Utamakan Keindahan Alam Semulajadi

1981: Pembangunan Pesat Tanpa Pencemaran

1982: Era Baru Pengurusan Alam Sekitar

1983: Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Adalah Tanggungjawab Kita

1984: Memelihara Sumber Tanah Dari Kemusnahan

1985: Satu Dekad Pengurusan Alam Sekitar

1986: Alam Sekitar Memerlukan Anda

1987: Kenalilah Alam Sekitar Kita

1988: Anda dan Alam Sekitar

1989: Pembangunan Berterusan: Penglibatan Semua

1990: Pembangunan Berterusan: Kini Masa Untuk Bertindak

1991: Alamku Rumahku

1992: Alam Terpelihara Rakyat Sejahtera

1993: Pembangunan Berkualiti Alam Harmoni

1994: Alam Sejahtera Anugerah Semua Amanah Bersama

1995: Alam Warisan Kita Pulihara Bersama

1996: Alam Terpelihara Hidup Sempurna

1997: Alam Gemilang Hidup Cemerlang

1998: Cintai Alam Hargai Kehidupan

1999: Satu Dekad Memperingati Deklarasi Langkawi Alam Sekitar Berkualiti Ke Alaf Baru

2000: Alam Sekitar Dihargai Kesejahteraan Dinikmati

2001: Jangan Mencemar Sungai, Ia Nadi Kehidupan Kita

2002: Ke Arah Teknologi Bersih

2003: Alam Sekitar Bersih Untuk Kehidupan Sejahtera

2004: Alam Sekitar Milik Kita, Amanah Bersama

2005: Memperkasa Bandar Lestari

2006: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2007: –

2008: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2009: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2010: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2011: Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama

2012: Terima Kasih di Atas Sumbangan Anda

2013: Perkongsian Pintar Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

2014: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari

2015: Ya! Teruskan Gaya Hidup Lestari