Hari Alam Sekitar Negara

HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2017

Pengenalan Mengenai Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini. Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu) menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia. MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day).

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara telah mula dianjurkan pada tahun 2016 bertempat di Kuching, Sarawak dengan membawa tema buat julung kalinya iaitu “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Objektif Sambutan Hari Alam Sekitar Negara:-

  • Mempromosikan pendidikan dan kesedaran alam sekitar secara meluas
  • Menyediakan platform kepada rakyat Malaysia untuk bersama-sama menghayati alam sekitar
  • Mengiktiraf kepada mereka yang telah memberi sumbangan signifikan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  • Membudaya dan memupuk kesedaran di kalangan masyarakat khususnya dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017:-

Tahun ini merupakan tahun kedua penganjuran Hari Alam Sekitar Negara semenjak penjenamaannya semula pada tahun 2016. Sambutan kali ini akan diadakan pada 21 Oktober 2017 bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan, Negeri Sembilan. Tema sambutan HASN pada tahun ini ialah “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2016

Logo HASN 2016-2

Hari Alam Sekitar Negara (HASN) merupakan satu penjenamaan semula yang telah dibuat oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar daripada penganjuran Sambutan Hari Alam Sekitar Malaysia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada tahun-tahun sebelum ini.

Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) merupakan satu acara tahunan yang telah dianjurkan susulan termaktubnya Deklarasi Langkawi Mengenai Alam Sekitar pada Oktober 1989. Semenjak tahun 1991, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ketika itu) menerusi Jabatan Alam Sekitar telah merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti sebagai usaha berterusan Kerajaan untuk menerap dan meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan masyarakat Malaysia.  MASM disambut pada setiap tahun dari 21 hingga 27 Oktober bersempena Hari Alam Sekitar Malaysia yang jatuh pada 21 Oktober.

Atas cetusan idea YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersempena sambutan MASM yang ke-25 pada tahun 2015, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah bersetuju menjenamakan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) kepada Hari Alam Sekitar Negara, HASN (National Environment Day).

Tema Hari Alam Sekitar Negara 2016

Tema Hari Alam Sekitar Negara pada tahun ini ialah:

“Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”

Tema ini dipilih bertujuan untuk menanamkan sikap tanggungjawab terhadap alam sekitar di kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Sambutan Hari Alam Sekitar Negara pada 22 Oktober 2016 dijalankan serentak di seluruh negara dengan benchmark atau mercu utama program adalah Enviro Hunt / Enviro Challenge sementara gimik umum pelancaran adalah berasaskan “Pungutan e-Waste dari Isi Rumah”.

Objektif Hari Alam Sekitar Negara