Kapten RAS


Pengenalan

Kapten Rakan Alam Sekitar (Kapten RAS) diwujudkan berasaskan konsep `Kepimpinan Ahli Rakan Alam Sekitar (RAS)’. Program ini diwujudkan bagi memantapkan keberkesanan pelaksanaan Program RAS agar ianya menjadi program yang signifikan dalam keupayaan ahli RAS menjalankan usaha ke arah pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Objektif Program Kapten RAS adalah seperti berikut:-

  • Mewujudkan konsep kepimpinan kepada ahli RAS supaya berupaya menggerakkan ahli RAS dalam memainkan peranan sebagai `mata dan telinga’ untuk menangani isu-isu alam sekitar menerusi `hands-on learning
  • Membentuk dan menggembling ahli RAS dari kalangan penduduk setempat untuk menjadi sebagai mentor / pembimbing kepada ahli RAS yang lain dalam menyebarluaskan informasi dan kemahiran berkaitan alam sekitar; dan
  • Meningkatkan komitmen ahli RAS dalam menyumbang usaha dan tenaga dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar

Pewujudan Kapten RAS

Kapten RAS diwujudkan di peringkat berikut:-

  • Peringkat Kawasan Parlimen / Komuniti
  • Peringkat Institusi Pengajian Tinggi
  • Peringkat Insitusi Latihan

Sijil Watikah Pelantikan Kapten RAS akan disampaikan kepada Kapten RAS yang dilantik

Fungsi Peranan Kapten RAS

Fungsi peranan Kapten RAS adalah seperti berikut:-

  • Menjadi wakil pemimpin bagi ahli-ahli RAS di peringkat Kawasan Parlimen / Institusi Pengajian Tinggi / Institusi Latihan
  • Menjadi sebagai mentor / pembimbing kepada ahli RAS yang lain dalam melaksanakan Program RAS
  • Menjadi wakil perantaraan di antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan ahli-ahli RAS yang terdiri daripada kalangan penduduk setempat di Kawasan Parlimen / warga Institusi dalam perhubungan dan penyampaian maklumat
  • Tempoh pelantikan Kapten RAS adalah selama satu (1) tahun dari tarikh lantikan yang dibuat

Manfaat Pewujudan Kapten RAS

Manfaat dengan adanya pewujudan Kapten RAS adalah seperti berikut:-

  • Program RAS di peringkat Kawasan Parlimen / Institusi Pengajian Tinggi / Institusi Latihan dapat dilaksanakan dengan lebih aktif dan tersusun kepada ahli-ahli RAS
  • Penyampaian informasi daripada Sekretariat RAS oleh JAS kepada pihak penduduk setempat / warga Institusi mengenai Program RAS dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan efisien
  • Menyemarakkan semangat ahli-ahli RAS di kalangan penduduk setempat / warga Institusi dengan adanya kepimpinan RAS di kalangan penduduk setempat / warga Institusi tersebut
  • Meningkatkan keberkesanan penyelarasan pelaksanaan Program RAS di bawah Urusetia Rakan Alam Sekitar oleh Jabatan Alam Sekitar
  • Mengeratkan hubungan kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar dengan penduduk setempat / warga Institusi dalam usaha pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar menerusi pewujudan Kapten RAS ini

`Outcome’ Pewujudan Kapten RAS

Dengan adanya pewujudan Kapten RAS dan peranan kepimpinan yang ada padanya, komitmen ahli-ahli RAS dalam menjayakan Program RAS dapat direalisasikan. Pelaksanaan Program RAS di peringkat Kawasan Parlimen / Komuniti / Institusi dapat dilaksanakan dengan aktif dan memberi impak yang signifikan dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Kapten RAS-IPT-2

WED-2014 (4)