HEBAHAN: PROGRAM HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2020



KEMPEN PENGUMPULAN BUANGAN ELEKTRIKAL DAN ELEKTRONIK (EWaste)

Buangan elektrikal dan elektronik (E-waste) ialah perkakas elektrik dan elektronik yang rosak, tidak digunakan, lama / usang seperti, telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti ais dan pendingin hawa. E-waste dikategorikan sebagai buangan terjadual (SW110) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang mengadakan Kempen Pengumpulan E-waste bermula 23 September 2020 hingga 24 Oktober 2020 sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020. Orang awam dijemput bersama-sama membawa E-waste ke pusat pengumpulan yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar. Layari laman web di bawah untuk mengetahui lokasi Pusat Pengumpulan berdekatan anda.http://www.doe.gov.my/…/where-can-i-dischargerecycle-e…/