Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar


Latar Belakang

Fungsi   utama   Jabatan   Alam   Sekitar, (JAS) ialah   untuk   mentadbir  dan menguatkuasakan   Akta   Kualiti   Alam   Sekeliling   1974   (Akta   127)   bagi mencegah,   menghapus,   mengawal   pencemaran   dan   membaiki   alam sekeliling.   Selain   daripada   menjalankan   aktiviti   penguatkuasaan   dan pemantauan   kualiti   alam   sekitar, JAS   juga   menitikberatkan   program kesedaran   dan   pendidikan   alam   sekitar   kepada   seluruh   masyarakat termasuklan Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar.

Program  Sekolah  Lestari  –  Anugerah  Alam  Sekitar  adalah  program  yang dicetuskan  semasa  Simposium  Pendidikan  Alam  Sekitar  untuk  Pengetua- Pengetua  Sekolah  Peringkat  Kebangsaan  pada  27-30  Ogos  2001  di  Melaka, yang  dianjurkan  oleh  Jabatan  Alam  Sekitar  (JAS),  Kementerian  Sains, Teknologi  dan  Alam  Sekitar  (MOSTE)  dengan  kerjasama  Maktab  Perguruan Teknik, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu. Program ini mula  dilaksanakan  dan  diterapkan  kepada  sekolah-sekolah    sejak  Tahun 2005.

Garis Panduan ke Arah Pembentukan Sekolah Lestari telah dihasilkan yang bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada.  Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan guru dan pelajar secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.

Logo Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

Menekankan unsur pertumbuhan dan produktiviti warga sekolah. Lima (5) helai  daun  dalam  grafik  mewakili  komponen  Pengurusan,  Penghijauan, Kurikulum,  Kokurikulum  dan  Elemen  Khas.  Grafik  bunga  raya  mewakili identiti Malaysia dan profesion guru yang mulia. Skema warna hijau dan biru bermaksud keceriaan, keharmonian dan kelestarian alam sekitar.

Hasrat Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar

Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar   adalah   suatu   usaha   bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara yang mana mempunyai lapan (8)   prinsip   dan   tujuh (7)   strategi   hijau.   Strategi   Hijau   pertama memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang  konsep  kesejahteraan  alam  sekitar  dan  pembangunan  lestari, selaras  dengan  prinsip-prinsip  Pembangunan  Mampan  dalam  Agenda  21 (Lampiran 1).

Pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan   masyarakat.   Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar
bertujuan   membentuk   persekitaran   sekolah   yang   menitikberatkan pemeliharaan  dan  pemuliharaan  alam  sekitar  yang  dapat  memberi  nilai tambah kepada sekolah dalam lima (5) Komponen Sekolah Lestari iaitu:

Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar     mampu     menggalakkan     penghayatan, pengamalan     dan pembudayaan ciri-ciri mesra alam sama ada dalam persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan akhirnya di peringkat negara.

Selain  itu,   program  ini   juga   turut   menerapkan   beberapa   Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals) terutamanya:

CONTOH – CONTOH KOMPONEN SEKOLAH LESTARI YANG TELAH DI BUAT DI SEKOLAH

KOMPONEN PENGURUSAN

KOMPONEN PENGHIJAUAN

KOMPONEN KOKURIKULUM

ELEMEN KHAS

Hasrat Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar juga selaras dengan Dasar Perubahan Iklim Negara yang bertujuan mengarusperdanakan perubahan iklim melalui sumber yang bijaksana dan pemuliharaan alam sekitar yang dipertingkatkan   untuk memperkukuhkan daya saing ekonomi dan kualiti hidup. Dasar ini merangkumi lima (5) prinsip :

Nilai-nilai sivik yang diterapkan melalui Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar berupaya membentuk suasana dan persekitaran pembelajaran di sekolah yang lebih kondusif dan komprehensif.

KONSEP SEKOLAH – ANUGERAH ALAM SEKITAR

Sekolah   Lestari   –   Anugerah   Alam   Sekitar   berkonsepkan   pendekatan menyeluruh yang melibatkan  semua  lapisan  warga  sekolah  bersama keluarga,  komuniti  setempat,  kerajaan,  pihak  swasta  dan  badan  bukan kerajaan (Rajah 1).

Konsep    ini    juga    menitikberatkan    pendekatan    bersepadu    dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum dan penghijauan di sekolah .

Sekolah   Lestari-Anugerah   Alam   Sekitar   mampu   mewujudkan   sekolah sebagai  pusat  kecemerlangan  alam  sekitar.  Selain  itu,  turut  berfungsi sebagai     pusat     pembelajaran     dan     pengajaran     yang     berupaya mempengaruhi   dan   mengubah   sikap   seluruh   warga   sekolah   dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar juga adalah payung pelbagai aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan (Rajah 2)

Rajah 2: Payung Sekolah Lestari-Anugerah Alam Sekitar