Hari Alam Sekitar Sedunia


Pengenalan

Jabatan Alam Sekitar juga melaksanakan Program Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar menerusi bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia. Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5 Jun setiap tahun dengan membawa tema yang tersendiri sebagaimana yang telah ditetapkan oleh United Nations Environment Programme (UNEP).

Hari Alam Sekitar Sedunia disambut bermula pada tahun 1972 dan telah berkembang menjadi sambutan utama seluruh dunia dengan pembabitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam meningkatkan tahap kesedaran masyarakat dunia terhadap isu alam sekitar serta mempertingkatkan tindakan dan penglibatan terhadap perubahan alam sekitar.

Hari Alam Sekitar merupakan hari untuk semua orang, iaitu ia memberi peluang kepada semua pihak untuk mengambil bahagian dalam tindakan sejagat bagi menggalakkan perlindungan terhadap iklim, menggunakan sumber dengan lestari serta mengamalkan gaya hidup yang mesra alam.

Ia disambut pada 5 Jun setiap tahun dan pada setiap tahun tersebut terdapat sebuah negara yang dilantik untuk menjadi `tuan rumah’.

Maklumat lanjut mengenai Hari Alam Sekitar Sedunia boleh dirujuk menerusi pautan www.unep.org/wed