Hebahan: Forum Pengurusan Sisa Pepejal Bertajuk “Sustainable Solid Waste Management – 3Rs, Treatment & Disposal and Is Incineration Still an Option?”



Tuan/Puan,

HEBAHAN: FORUM PENGURUSAN SISA PEPEJAL BERTAJUK “SUSTAINABLE SOLID WASTE MANAGEMENT – 3Rs, TREATMENT & DISPOSAL AND IS INCINERATION STILL AN OPTION?” SEMPENA SAMBUTAN HARI BUMI 2016

Dengan segalan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Untuk makluman, Persatuan Pengurusan & Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) akan menganjurkan Forum Pengurusan Sisa Pepejal bertajuk “Sustainable Solid Waste Management – 3Rs, Treatment & Disposal and Is Incineration Still an Option?” yang akan diadakan pada butiran seperti berikut:

Tarikh: 5 April 2016 (Selasa)

Masa: 9.00 pagi hingga 4.45 petang

Tempat: Kelab Golf Negara Subang (KGNS), Selangor

3. Forum ini adalah satu platform bagi pihak berkepentingan terutama yang terlibat di dalam sektor komersil dan industri untuk mendapatkan info semasa, merapatkan jurang pengetahuan serta meluaskan lagi jaringan professional bersama para peneraju pengurusan sisa pepejal di Malaysia meliputi kerajaan setempat, para pengolah dasar, pembekal-pembekal teknologi serta pengurus-pengurus sisa buangan.

4. Program ini membawakan 6 kertas tema yang akan dibentangkan oleh wakil berpengalaman dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) juga perspektif dari sektor swasta. Para peserta berpeluang mengutarakan soalan serta berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa berkaitan menerusi segmen Q&A dan perbincangan panel yang akan berlangsung di sepanjang forum.

5. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk lampiran yang disertakan atau layari portal ENSEARCH di http://ensearch.org/events/?event_id=203 atau sila hubungi Cik Sofie/Sharon (03-6156 9807 / 08). Penyertaan dari mana-mana individu, institusi atau industri yang berkenaan amatlah dialu-alukan.

 

Forum Banner

Sekian, dimaklumkan.

Terima kasih.