Pameran


Sebagai sebuah Jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Jabatan Alam Sekitar juga menjalankan usaha ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat agar alam sekitar sentiasa terpelihara dengan baik. Justeru, Jabatan Alam Sekitar telah mengambil inisiatif-inisiatif ini dengan melaksanakan program promosi dan kesedaran alam sekitar kepada orang awam. Antaranya adalah seperti mengadakan program pameran bagi menyampaikan maklumat semasa mengenai alam sekitar kepada orang awam. Turut diadakan dalam aktiviti pameran ini adalah seperti sesi bertemu dengan pelanggan, edaran bahan-bahan penerbitan Jabatan Alam Sekitar, aktiviti interaktif, pendaftaran keahlian Rakan Alam Sekitar dan lain-lain. Jabatan Alam Sekitar turut menyertai pameran anjuran Agensi Kerajaan, syarikat dan organisasi yang lain.

Rakan Alam Sekitar turut mempunyai Pameran Bergerak menerusi Unit Pameran Bas yang terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan dari semasa ke semasa.

 

Pameran Alam Sekitar Sempena Majlis Walkabout Innitiative MESTECC 2020

11 Februari 2020- Pameran alam sekitar sempena  Majlis Walkabout Innitiative MESTECC 2020 telah diadakan di Connexion Conference & Event Centre,Bangsar South, Kuala Lumpur. Pameran yang diadakan ini bertujuan bagi menunjukkan fungsi atau tugas- tugas Jabatan Alam Sekitar (JAS). Bahagian- bahagian di Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar telah turut serta dalam pameran tersebut.

Pameran Walkabout Innitiative MESTECC 2020 ini disertai oleh agensi- agensi kerajaan yang berkaitan dalam 5 sektor penting dalam kementerian. Selain itu, sektor swasta juga turut terlibat dalam menjayakan program ini.

Salah satu perkara yang ditonjolkan oleh Jabatan Alam Sekitar  JAS semasa pameran adalah berkaitan e-Waste. Pengurusan berkaitan e-waste ini merupakan salah satu bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu di bawah kendalian Bahagian Berbahaya (BB).

Selain itu, JAS juga mempamerkan sistem- sistem yang digunakan bagi melaksanakan tugas- tugas di bawah bidang kuasa dan tugas Jabatan. Contohnya sistem Environmental Quality Monitoring Programme (EQMP), Air Pollutant Index (API), Enviro Knowledge Management Centre (EKMC), Enivo Library dan  Enviro Museum.

Pameran ini mendapat reaksi yang positif daripada pengunjung yang terdiri daripada tetamu jemputan di kalangan agensi kerajaan, swasta, sekolah- sekolah dan sebagainya.