PROGRAM CSR MISI BANTUAN BANJIR KELAB SUKAN DAN SOSIAL JAS PAHANG DAERAH PEKAN



Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang melalui Kelab Sukan dan Sosial JAS Pahang (KASPA) telah meneruskan program CSR Misi Bantuan Banjir Negeri Pahang 2021 di daerah Kg. Pulau Rusa, Pekan.
Sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir telah disampaikan oleh Tuan Hj Mohd Sani Bin Mat Daud, Pengarah JAS Pahang bersama-sama syarikat rakan strategik yang turut hadir di dalam program ini. Sumbangan dalam pelbagai bentuk seperti bekalan makanan dan keperluan asas telah diagihkan kepada 33 buah keluarga mengikut SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.
Penghargaan diucapkan kepada semua penyumbang dan turut hadir sama dlm program YH Dato Zaliza bin Zulkipli, Pegawai Daerah Pekan dan YDH Supt. Mohd Razli bin Mohd Yusof, Ketua Polis Daerah Pekan.
Diharapkan bantuan ini dapat membantu meringankan beban mangsa banjir.