Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali Ke-25 (Jubli Perak), 2015



DAS-Poster 2015

Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama Sekretariat Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM), Kementerian Pendidikan Tinggi dan Dewan Bahasa dan Pustaka akan menganjurkan Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi kali ke 25 (Jubli Perak) Tahun 2015 sempena Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) 2015 pada 11 – 14 September 2015 di Universiti  Teknologi PETRONAS (UTP), Tronoh, Perak. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar disamping mencungkil bakat berpidato di kalangan mahasiswa.

Sehubungan itu, sukacita YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Tuan/Puan adalah dijemput untuk menghadiri Majlis Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar Antara IPT 2015 tersebut seperti butiran berikut:-

Tarikh: 14 September 2015 (Isnin)

Masa: 9.00 pagi hingga 12.15 tengahari

Tempat: Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak

Aturcara: Lampiran-Aturcara Program Debat Alam Sekitar IPT 2015

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah menghubungi En. Mohamad Bahtiar (bahtiar@doe.gov.my) / En. Mohd Izwan Abdullah  (mdizwan@doe.gov.my) / En. Sabri Osman (sabrio@doe.gov.my) di talian 03-8871 2066 / 2062 / 2061.

Sekian, dimaklumkan.

Urusetia Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi 2015

Jabatan Alam Sekitar