Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali Ke-25 (Jubli Perak) bersempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2015



YBhg. Dr. Zulkifli Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Alam Sekitar telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali Ke-25 (Jubli Perak) bersempena Minggu Alam Sekitar Malaysia 2015 yang telah diadakan pada 14 September 2015 (Isnin) bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 2,000 orang tetamu yang terdiri daripada pihak akademik, kakitangan kerajaan, orang awam dan pelajar institusi pengajian tinggi.

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi pertama kalinya telah diadakan pada tahun 1986. Walau bagaimanapun ia menjadi acara tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar mulai tahun 1991 setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan 21 Oktober setiap tahun sebagai Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM). Tahun ini merupakan kali ke-25 penganjuran program ini dan merupakan Sambutan Jubli Perak bagi pertandingan debat ini.

Pertandingan ini merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) sejak awal tahun 90-an lagi. Penganjur utama pertandingan debat ini adalah Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama MADUM dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi memudahkan pengurusan penganjuran pertandingan tersebut, salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang mengambil bahagian akan dipilih secara bergilir-gilir menjadi tuan rumah pertandingan debat pada setiap tahun menerusi kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Pada tahun ini, Universiti Teknologi Petronas merupakan tuan rumah bagi pertandingan ini dan turut mendapat kerjasama daripada syarikat Marina Putrajaya Sdn. Bhd.

Pertandingan ini telah diadakan bermula pada 11 September hingga 14 September 2015 dengan sebanyak 30 pasukan Universiti telah menyertai pertandingan ini. Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) peserta yang terdiri daripada mahasiswa universiti. Seramai 120 mahasiswa universiti telah menyertai pertandingan ini. Objektif utama pertandingan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai isu-isu alam sekitar disamping mencungkil bakat berpidato di kalangan mahasiswa.

Tahun ini merupakan Sambutan Jubli Perak bagi pertandingan ini. 25 tahun merupakan satu usia yang agak panjang iaitu usia yang agak `dewasa’ dan dalam tempoh 25 tahun tersebut terdapat pelbagai penambahbaikan dan pemantapan serta pembaharuan pelaksanaan program yang dilaksanakan.

Pertandingan debat ini merupakan debat ala parlimen dan penentuan pasukan yang bertanding sama ada berperanan sebagai kerajaan atau pembangkang dibuat menggunakan kaedah sistem bracket power match untuk pusingan awal. Kedudukan setiap pasukan dibuat berdasarkan menang/kalah, juri, julat kemenangan dan markah keseluruhan. Pertandingan Peringkat Awal melibatkan lima (5) pusingan. Lapan (8) pasukan terbaik dipilih untuk ke peringkat suku akhir dan empat (4) pasukan yang menang pula ke peringkat separuh akhir dan seterusnya dua (2) pasukan terbaik bertanding di peringkat akhir.

Pertandingan Akhir ini telah menyaksikan pertemuan di antara dua institusi iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dengan Universiti Teknologi MARA. Topik yang dibahaskan bertajuk `Politik Alam Sekitar Antarabangsa Berat Sebelah’. Keputusan juri telah menetapkan Johan bagi Pertandingan Akhir Debat Alam Sekitar Antara Institusi Pengajian Tinggi Kali Ke-25 Tahun 2015 dimenangi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????

DAS2015 (4)

????????????????????????????????????

????????????????????????????????????