Pencalonan Anugerah Langkawi 2015/2016



Pencalonan Anugerah Langkawi 2015/2016

Logo Anugerah Langkawi

Pengurniaan Anugerah Langkawi kepada warganegara Malaysia merupakan program tahunan yang dianjurkan sempena sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) bagi memperingati Deklarasi Langkawi  yang telah ditandatangani oleh Ketua-ketua Negara Komanwel pada tahun 1989. Anugerah ini diperkenalkan  pada tahun 1991 bagi menunjukkan komitmen rakyat amnya dan negara khususnya dalam mencapai matlamat pembangunan mapan sepertimana termaktub dalam Deklarasi Langkawi.

Anugerah Langkawi memberikan penghargaan dan penghormatan tertinggi negara kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang alam sekitar, sama ada dalam bidang pengurusan, perniagaan, penyelidikan saintifik, akademik, penulisan dan bidang-bidang lain yang berkaitan. Ianya dihadiahkan kepada individu dan organisasi yang telah memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran dalam bidang alam sekitar serta bergiat ke arah:

  1. Meningkatkan penyertaan orang awam dalam perlindungan alam sekitar;
  2. Menghasilkan keberhasilan (outcome) yang penting dan berjaya menyelesaikan masalah perlindungan alam sekitar di peringkat tempatan dan/atau antarabangsa;
  3. Berjaya menarik perhatian masyarakat kepada masalah alam sekitar yang genting/penting dan menggerakkan tindakan bersepadu semua pihak ke arah penyelesaiannya.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mengalu-alukan pencalonan bagi Anugerah Langkawi 2015/2016.

Syarat penyertaan, kriteria penilaian dan borang pencalonan boleh dilayari melalui laman web www.doe.gov.my atau enviro.doe.gov.my.

Orang awam atau organisasi yang memenuhi syarat pencalonan dan kriteria penilaian adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan untuk kategori individu ataupun organisasi.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi :

Encik Azman Shah Ismail: 03-8871 2052

Puan Nooradilla Mohamed: 03-8871 2078

Puan Siti Sahara Adam: 03-8871 2074

Atau E-mail: anugerahlangkawi@doe.gov.my

Tarikh tutup pencalonan : 3 Ogos 2015