Pameran Rakan Alam Sekitar Di Politeknik Port Dickson Sempena Karnival MATHSCOM 2019



Sempena Karnival MATHSCOM 2019, Rakan Alam Sekitar dijemput untuk mengadakan pameran di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan. Pameran ini berlangsung dari 27 dan 28 Ogos 2019.

Antara aktiviti yang dijalankan di booth pameran Rakan Alam Sektiar adalah permainan interaktif alam sekitar iaitu permainan Kahoot di mana peserta permainan perlu membaca soalan-soalan alam sekitar di skrin yang disediakan dan memberi jawapan menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, pengunjung pameran juga didedahkan dengan pengurusan Buangan Terjadual “e-waste” dan kaedah yang betul bagi pelupusan “e-ewaste” tersebut. MATHSCOMP 2019 dirasmikan oleh Dr. Mohd Rashahidi @ Rusdi Bin Mojamood, Pengarah Kanan (Kompetensi), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia.