Hari Bumi 2015, Penyampaian Anugerah Wira Alam 2013/2014



Penyampaian Anugerah Wira Alam Tahun 2014 telah diadakan dalam Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013/2014 Sempena Sambutan Hari Bumi 2015 yang diadakan pada 22 April 2015 bertempat di Hotel Bangi – Putrajaya, Bangi, Selangor. Penganugerahan telah disampaikan oleh YB Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Pada tahun 2014, Jabatan Alam Sekitar telah menganjurkan Program Wira Alam untuk pelajar-pelajar sekolah dari seluruh negara. Mesyuarat Panel Penilai Penganugerahan Wira Alam yang telah memutuskan bahawa seramai lima (5) orang pelajar layak menerima Anugerah Wira Alam 2014. Senarai penerima anugerah adalah seperti berikut:-

  1. Nurul Aqilah Binti Yunos, SMK Bukit Jelutong, Shah Alam
  2. Graceher Rubin, SMK Matunggong, Kudat, Sabah
  3. Grailher Rubin, SMK Matunggong, Kudat, Sabah
  4. Ronavalleria Robert, SMK Matunggong, Kudat, Sabah
  5. Edlora Ryn Jamari, SMK Matunggong, Kudat, Sabah

Wira Alam merupakan suatu program kerjasama pintar di antara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Program ini telah dianjurkan bermula pada tahun 1998 khusus untuk para pelajar sekolah. Program ini bertujuan untuk memotivasikan dan memberi peluang kepada para pelajar memberi sumbangan dalam aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya kualiti alam sekitar negara dapat ditingkatkan dan dikekalkan. Pelajar yang menerima Anugerah Wira Alam menerima hadiah Sijil Penghargaan yang ditandatangani oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Wang Tunai sebanyak RM300, Plak dan `Vest’ Wira Alam.

wira_alam_6

Wira-Alam-8

Wira-Alam-7

wira_alam_5

wira_alam_4

wira_alam_3

wira_alam_2

wira_alam_1

wira_alam