Amalan Mesra Alam, Elakkan Pembaziran Makanan!



Tips Amalan Mesra Alam Edisi Ramadan Minggu Ini, Elakkan Pembaziran Makanan!

Bulan Puasa sepatutnya menjadi bulan untuk berjimat cermat tetapi bertukar menjadi sebaliknya. Itulah keluhan yang kerap kedengaran di kalangan sesetengah orang setiap kali Ramadan tiba. Ia harus diatasi dan tip-tip dibawah ini mungkin dapat membantu:

  1. Lakukan tinjauan harga sebelum membeli, ingat nama kedai/lot yang menawarkan harga berpatutan dan sedap. Kedai/lot seperti ini boleh di buat pembelian berulang dan pasti tidak akan berlakunya pembaziran dengan mencuba pelbagai jenis juadah.
  2. Rancang pembelian! Senaraikan sebelum pergi ke bazar Ramadan. Ini boleh membantu berjimat dan membeli apa yang diperlukan sahaja.
  3. Berdasarkan senarai makanan, hadkan jumlah tunai ditangan. Elakkan dari membawa wang berlebihan. Beli apa yang disenaraikan sahaja.
  4. Jangan ikut nafsu ketika membeli juadah berbuka. Sebaliknya fikir dengan jelas apa yang perut kita mampu makan ketika berbuka bukannya beli mengikut nafsu.
  5. Jika berkesempatan, amalkan memasak juadah berbuka dirumah. Disamping kebersihan terjamin, amalan ini pasti dapat mengelakkan pembaziran dan dapat menjimatkan wang.
  6. Jika anda jenis yang makan sedikit sudah kenyang. Elakkan berbuka puasa di pakej berbuka puasa di hotel-hotel atau restoran-restoran yang menawarkan ratusan jenis lauk. Selain dapat berjimat, kita juga dapat mengelakkan pembaziran makanan.

Amalan ini juga boleh di amalkan pada bulan-bulan selain bulan puasa. Sama-sama kita elakkan pembaziran makanan.