Hari Bumi 2015, Anugerah `Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar’



Majlis Penganugerahan Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Sesi 2013/2014 Sempena Sambutan Hari Bumi 2015 telah diadakan pada 22 April 2015 bertempat di Hotel Bangi – Putrajaya, Bangi, Selangor. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Dr. James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Hari Bumi disambut pada 22 April setiap tahun di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif program yang dilancarakan untuk memberi kesedaran dan melibatkan penyertaan awam dalam usaha memulihara dan memelihara alam sekitar dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menganjurkan Sambutan Hari Bumi pada setiap tahun.

Pada tahun ini, Hari Bumi disambut dengan membawa tema “It’s Our Turn To Lead”. Penganjuran majlis ini melibatkan penyertaan seramai 500 orang hadirin yang terdiri daripada kalangan wakil-wakil Agensi Kerajaan, syarikat swasta, pihak industri, guru-guru dan pelajar sekolah.

Acara kemuncak yang diadakan dalam majlis ini ialah Penyampaian Anugerah Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) 2013/2014. Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menganjurkan Program SLAAS secara dwi-tahunan. Pada sesi 2013/2014 sebanyak 260 sekolah telah menyertai Program SLAAS. Penerima Anugerah SLAAS 2013/2014 adalah seperti berikut:-

Kategori Sekolah Rendah

  1. Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka – Anugerah SLAAS 2013/2014
  2. SJK Tung Hua, Sarawak – Kategori Kurikulum
  3. SJK (C) Ming Tee, Sarawak – Kategori Kokurikulum (Teknologi Enzim)
  4. SK Babagon Toki, Sabah – Kategori Penghijauan
  5. SK Tengku Mahmood II, Terengganu – Kategori Pengurusan (Jaringan Dengan Masyarakat)
  6. SK Convent Infant Jesus 1, Melaka – Kategori Sekolah Harapan
  7. SK Temin, Pahang – Kategori Sekolah Harapan
  8. SK Seri Makmur, Selangor – Kategori Sekolah Harapan
  9. SK Melalia, Sabah – Kategori Sekolah Harapan
  10. SK Jawi, Pulau Pinang – Kategori Sekolah Harapan

Kategori Sekolah Menengah

  1. SMK Seri Aman, Johor – Anugerah SLAAS 2013/2014
  2. SM St. Michael, Sabah – Kategori Kokurikulum
  3. SMK Badin, Sabah – Kategori Pengurusan
  4. SMK Sri Muda, Pulau Pinang – Kategori Penghijauan
  5. SM Sains Tun Syed Shahabuddin, Pulau Pinang – Kategori Kurikulum
  6. SMK Padang Midin, Terengganu – Sekolah Harapan
  7. SMK Majakir Papar, Sabah – Sekolah Harapan
  8. SMK Iskandar Shah, Melaka – Sekolah Harapan
  9. SMK Paya Pulai, Pahang – Sekolah Harapan
  10. SMK (P) Sri Aman, Selangor – Sekolah Harapan

Program SLAAS turut mendapat kerjasama dari Bank Rakyat dengan menjadikan program ini sebagai `Program Angkat Bank Rakyat’ bermula tahun 2013. Bank Rakyat juga turut menyumbang dalam pemberian hadiah bagi Anugerah SLAAS 2013/2014 ini.

Dalam majlis ini, Penyampaian Sijil Penarafan Bintang turut diadakan kepada 260 pihak sekolah yang telah menyertai Program SLAAS 2013/2014 sebagai pengiktiran di atas penyertaan mereka. Sijil Penarafan Bintang tersebut disampaikan kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri yang mewakili pihak sekolah terbabit.

Program SLAAS turut mendapat kerjasama dari Bank Rakyat dengan menjadikan program ini sebagai `Program Angkat Bank Rakyat’ bermula tahun 2013. Bank Rakyat juga turut menyumbang dalam pemberian hadiah bagi Anugerah SLAAS 2013/2014 ini.

Dalam majlis ini, Penyampaian Sijil Penarafan Bintang turut diadakan kepada 260 pihak sekolah yang telah menyertai Program SLAAS 2013/2014 sebagai pengiktiran di atas penyertaan mereka. Sijil Penarafan Bintang tersebut disampaikan kepada wakil Jabatan Pendidikan Negeri yang mewakili pihak sekolah terbabit.

Program Sekolah Lestari – Anugerah Alam Sekitar (SLAAS)  dapat menjadikan sekolah di Malaysia sebagai sebuah sekolah yang mesra alam, serta mengutamakan pendidikan tanpa mengetepikan kepentingan alam sekitar. Melalui program ini, dapat memperkasakan sekolah sebagai institusi kecemerlangan alam sekitar untuk generasi yang bakal menerajui negara di masa akan datang.

SLAAS2015 (7)

SLAAS2015 (5)

SLAAS2015

SLAAS2015 (6)

SLAAS2015 (1)

SLAAS2015 (2)

SLAAS2015 (3)

SLAAS2015 (4)