Program Gotong-Royong Rakan Alam Sekitar Bersama Sahabat Sungai Langat pada 13 Jun 2020



Rakan Alam Sekitar telah menyertai program gotong-royong anjuran Sahabat Sungai Langat pada 13 Jun 2020 di Sungai Langat, Bangi, Selangor. Antara aktiviti yang dijalankan adalah mengutip sampah-sarap yang terdapat di sekitar kawasan Sungai Langat, menebas rumput, menanam pokok dan menyediakan tapak kebun komuniti. Aktiviti gotong -royong ini dijalankan setiap minggu bagi memastikan kawasan sekitar Sungai Langat sentiasa berada dalam keadaan yang cantik dan bersih dari sampah sarap seterusnya menjadi kawasan rekreasi tumpuan orang ramai.

Aktiviti gotong royong ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang selaku Ketua Setiausaha, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA),  dan YBhg. Dr. Nagulendran Kangayatkarasudan Timbalan Ketua Setiausaha (Alam Sekitar), Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) .

Selain Rakan Alam Sekitar, program ini turut disertai oleh pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, agensi kerajaan di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), ahli akademik Institusi Pengajian Tinggi tempatan dan juga pelajar-pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Rakan Alam Sekitar ingin menyeru kepada orang ramai untuk turut bersama-sama menyertai program kesukarelawan komuniti ini bagi memastikan kawasan sekitar tidak terhad di sungai supaya sentiasa kekal bersih dan cantik seterusnya dapat memberi kesedaran kepada orang awam agar tidak membuang sampah merata-rata.

 

Kategori :
;

Kategori: Album