Program `Enviro-Hiking’ Rakan Alam Sekitar, Bukit Broga, Semenyih



Program `Enviro-Hiking‘ Rakan Alam Sekitar di Bukit Broga telah diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Bukit Broga, Semenyih bermula jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli RAS dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang Ketua Kumpulan. Program ini telah dipromosikan melalui facebook Rakan Alam Sekitar, Portal DOE dan juga Portal RAS. Progam ini dijalankan secara santai serta tidak formal dan digerakkan melalui tenaga kerja sukarela.

Setiap peserta perlu mengutip sampah yang terdapat di sepanjang laluan pendakian dan membersihkan contengan pada papan tanda yang terdapat disitu. Disamping itu, peserta juga perlu mengambil gambar selfie dan menghantar ke facebook dengan hashtag #rakanalamsekitar dan #pickitup.

Hadiah diberikan oleh penganjur bagi kategori peserta terbaik, kumpulan terbaik dan gambar selfie terbaik bagi lelaki dan perempuan. Sijil Penyertaan diberikan kepada semua peserta dan Sijil Penghargaan diberikan kepada setiap Ketua Kumpulan.

Kategori :
;

Kategori: Album