Program Enviro Hiking Ahli RAS di Bukit Wawasan, Puchong, Selangor



Bersempena dengan Hari Bumi 2021 yang disambut pada 22 April setiap tahun, Rakan Alam Sekitar mengambil peluang menjalankan program Enviro Hiking di Bukit Wawasan, Puchong, Selangor pada 11 April 2021.
Penyertaan program ini adalah seramai 20 orang dan dijalankan mengikut Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Berketinggian 233 meter dari paras laut, Bukit Wawasan dipilih sebagai lokasi program disebabkan oleh flora dan faunanya yang terpelihara dari ancaman dan ini bersesuaian dengan tema sambutan Hari Bumi iaitu “Pulihkan Bumi Kita”.
Rakan Alam Sekitar ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap agar kita dapat menjaga alam sekitar kerana alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.

Kategori :
;

Kategori: Album