Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar, Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin, Rantau Abang, Terengganu (Zon Timur, Bersama Proton Suprima)



Pusat Penyelidikan Penyu dan Ekosistem Marin terletak di Rantau Abang dan pusat tersebut di bawah pengurusan Jabatan Perikanan Malaysia. Pusat Penyu dan Ekosistem Marin atau dikenali sebagai TUMEC telah siap dibina pada akhir tahun 1998. Ia terletak di Rantau Abang, Terengganu yang terkenal sebagai kawasan pendaratan penyu.

Antara fungsi pusat ini adalah sebagai usaha memulihara dan menyelamatkan penyu dari ancaman kepupusan serta menjadikan pusat ini sebagai Pusat Penyelidikan dan Pemuliharaan Serantau bagi biodiversiti marin seperti penyu dan lain-lain hidupan akuatik marin yang terancam dan juga ekosistem marin.

Semoga perlindungan dan keprihatinan masyarakat terhadap spesies penyu ini akan berterusan bagi menjamin biodiversiti penyu ini dalam ekosistem asalnya.

Lawatan ini telah diadakan pada 20 Ogos 2014 menerusi Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Zon Timur 2014, 17 Ogos hingga 22 Ogos 2014.

Kategori :
;

Kategori: Album