Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar, Muzium & Lombong Sungai Lembing (Zon Timur, Bersama Proton Suprima)



Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Peringkat Zon Timur telah diadakan pada 17 hingga 22 Ogos 2014 di Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Antara aktiviti yang dijalankan menerusi program ini di Peringkat Negeri Pahang adalah Eksplorasi `Sumber Dikenali, Alam Dihargai’ di Muzium Sungai Lembing dan Eksplorasi Sumber Alam di Terowong Bijih Timah Bawah Tanah, Sungai Lembing pada 21 Ogos 2014.

Program ini telah disertai oleh seramai 70 orang peserta yang terdiri daripada Agensi dan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar dalam Kerjasama Program Mengenai Kesedaran Alam Sekitar dan Rakan Alam Sekitar. Aktiviti di Sungai Lembing ini turut mendapat kerjasama dari pihak Muzium Sungai Lembing, Jabatan Muzium Malaysia dan pihak Majlis Perbandaran Kuantan yang menyelia Terowong Bijih Timah Bawah Tanah, Sungai Lembing.

Menerusi program ini dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sumber alam bagi memastikan generasi hari ini dan akan datang dapat menikmati kehidupan yang mapan.

Kategori :
;

Kategori: Album