Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar, Gunung Stong, Dabong, Kelantan (Zon Timur, Bersama Proton Suprima)



Eksplorasi ke Gunung Stong, Dabong, Kelantan telah diadakan pada 18 Ogos 2014. Aktiviti ini diadakan menerusi Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (Zon Timur) yang diadakan dari 17 Ogos hingga 22 Ogos 2014 dengan penyertaan seramai 70 orang peserta dari Jabatan / Agensi Kerajaan dan Rakan Strategik Jabatan Alam Sekitar. Program ini telah mendapat kerjasama Syarikat Proton Berhad dengan penglibatan kereta Proton Suprima dalam program jelajah tersebut. Program ini turut mendapat kerjasama dari pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Menerusi aktiviti ini, para peserta menjalankan aktiviti eksplorasi gua di Gua Ikan, Gua Pagar dan Gua Gelap. Aktiviti ini merupakan sebagai penghayatan alam semulajadi yang menitikberatkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Para peserta berpeluang melihat pelbagai pembentukan formasi gua dari aspek geologi dan biologi, persekitaran semulajadi dan penghayatan keindahan Gunung Stong menerusi aktiviti ini.

 

Kategori :
;

Kategori: Album