Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Bersama Warga Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, Pekan, Pahang (Zon Timur, Bersama Proton Suprima)



Program Rakan Alam Sekitar bersama Warga Sekolah Kebangsaan Seri Terentang, Pekan, Pahang telah diadakan pada 21 Ogos 2014. Program ini dianjurkan bersempena Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Zon Timur. Antara aktiviti yang diadakan menerusi program ini adalah Persembahan Tari Drama oleh pelajar-pelajar sekolah tersebut, pertandingan mewarna dan Acara Simbolik Penanaman Pokok.

Turut hadir dalam program ini adalah Puan Hajah Sa’adah Bt Abd. Mubin, yang merupakan Guru Besar SK Seri Terentang, Pekan, Pahang dan Puan Rohimah Binti Ayub yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pahang.

Program ini dianjurkan dengan objektif sebagai Rakan Alam Sekitar mendekati komuniti setempat dan warga sekolah khususnya bagi menyampaikan mesej mengenai kepentingan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar terutamanya kepada generasi muda iaitu kanak-kanak. Menerusi usaha ini, menjadikan Rakan Alam Sekitar sebagai satu `platform’ untuk masyarakat membudayakan amalan yang positif dalam melindungi alam sekitar.

Kategori :
;

Kategori: Album