Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Bersama Pelajar UiTM Kedah (Zon Utara)



Sesi Perjumpaan Rakan Alam Sekitar Bersama Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah telah diadakan pada 27 April 2014 menerusi Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar (JJMRAS) Peringkat Zon Utara. Program JJMRAS Zon Utara diadakan dari 26 April hingga 29 April 2014 bersempena Sambutan Hari Bumi yang diraikan pada 22 April 2014.

Antara aktiviti yang diadakan dalam sesi perjumpaan tersebut adalah `Penyerahan Borang Rakan Alam Sekitar’, `Aktiviti Promosi Rakan Alam Sekitar’ dan `Sesi Lawatan ke Galeri Seni Lukis & Seni Halus Mengenai Batik Merbok’.

Sesi perjumpaan ini telah diadakan di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM Cawangan Kedah. Sesi perjumpaan ini juga telah disempurnakan dengan penyampaian Ucapan Kata Alu-Aluan oleh Dato’ Abu Hasan Mohd. Isa, Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Alam Sekitar. Turut hadir ialah Dr. Jamaludin Akbar yang merupakan Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, UiTM Cawangan Kedah.

Kategori :
;

Kategori: Album