Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Bersama Pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu, Kelantan (Zon Timur, Bersama Proton Suprima)



Aktiviti Mesra Rakan Alam Sekitar Bersama Pelajar Kolej Poly-Tech MARA Cawangan Kota Bharu, Kelantan telah diadakan pada 19 Ogos 2014 bersempena Program Jelajah Jejak Mesra Rakan Alam Sekitar Zon Timur di Negeri Kelantan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah penyampaian informasi mengenai Pengenalan Program Rakan Alam Sekitar menerusi Penanyangan Video Montaj dan Lagu Rakan Alam Sekitar. Turut diadakan adalah  simbolik Penyerahan Borang Keahlian Rakan Alam Sekitar oleh pihak pengurusan Kolej Poly-Tech MARA kepada pihak pengurusan Jabatan Alam Sekitar.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Puan Muhibbah Selamat, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Jabatan Alam Sekitar telah mewujudkan Program Perkongsian Pintar iaitu Kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) dengan beberapa Jabatan Kerajaan, Institusi Pengajian Tinggi, Institusi Latihan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC). Menerusi hubungan kerjasama ini, pelaksanaan program kesedaran alam sekitar diperluaskan dan dipergiatkan termasuk menerusi Program Rakan Alam Sekitar.

Kategori :
;

Kategori: Album