HEBAHAN: PERTANDINGAN KOMIK ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN



 

Tuan/Puan,

HEBAHAN: PERTANDINGAN KOMIK ALAM SEKITAR SEMPENA SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR NEGARA 2017 PERINGKAT KEBANGSAAN

– PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
– PERTANDINGAN MELUKIS KOMIK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2017 Peringkat Kebangsaan yang membawa tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”, Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama Syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) selaku Rakan Strategik JAS akan menganjurkan Pertandingan Komik Alam Sekitar pada butiran seperti berikut:-

Tarikh: 29 Oktober 2017 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari (Pendaftaran pada jam 8.00 pagi)
Tempat: Dewan Baiduri, Wisma Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya

3. Kategori pertandingan adalah seperti berikut:-

– Kategori Pertandingan Mewarna (Kanak-Kanak), Sekolah Rendah (7 – 12 Tahun)
– Kategori Pertandingan Melukis, Sekolah Menengah (13 – 17 Tahun) & Dewasa (18 Tahun ke atas)

4. Pertandingan ini dianjurkan bertujuan bagi memupuk kesedaran alam sekitar di kalangan kanak-kanak dan masyarakat menerusi kreativiti seni. Penyertaan pertandingan adalah percuma. Pelbagai hadiah menarik disediakan.

5. Pendaftaran Penyertaan bagi Pertandingan Pelajar Sekolah (7-12 Tahun) & (13 – 17 Tahun) dengan menghubungi Pn. Noorazehan Baharum (03-8871 2057/azehan@doe.gov.my) / Pn. Wan Nor Hidayah binti Wan Hassan (03-8871 2367/wnhidayah@doe.gov.my).

Borang Penyertaan (Sekolah Rendah & Menengah) seperti di bawah (Email kepada azehan@doe.gov.my / wnhidayah@doe.gov.my atau diserahkan kepada urusetia semasa hari pertandingan)

Borang Pertandingan Komik Alam Sekitar-Mewarna Kanak-Kanak

Borang Pertandingan Komik Alam Sekitar-Melukis Sekolah Menengah

6. Pendaftaran Penyertaan bagi Pertandingan Melukis (Dewasa, 18 Tahun ke atas) menerusi En.Aziz: 017-213 1027 atau En.Shazni: 012-273 6812.

7. Daftar penyertaan pada atau sebelum 27 Oktober 2017. Tempat adalah terhad.

Sekian, terima kasih.