Hebahan: Program Larian `Go Green Run 2016′ Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2016



YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

HEBAHAN: PROGRAM LARIAN `GO GREEN RUN 2016’ SEMPENA HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA 2016

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa satu Program Larian `Go Green Run 2016’ anjuran Big Show Asia Sdn Bhd dengan Kelab Belia Bersatu Puchong Jaya akan diadakan pada 5 Jun 2016 bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2016. Untuk makluman, Jabatan Alam Sekitar turut bekerjasama dalam penganjuran program tersebut. Sesi pelepasan peserta larian program tersebut akan disempurnakan oleh YB Datuk Ir. Hj. Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama dengan YB Datuk M. Saravanan, Timbalan Menteri Belia dan Sukan manakala bagi majlis penyampaian hadiah pula akan disampaikan oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 Jun 2016 (Ahad)
Masa: 7.15 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat: Citta Mall, Petaling Jaya

3. Sehubungan itu, ahli-ahli Rakan Alam Sekitar (RAS) adalah dijemput untuk menyertai program larian tersebut. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Cik Rogini Mahalinggam di talian 012-9418 200 atau Pn. Norazlina Binti Ab. Halim di talian 03-8871 2082 / email: linahalim@doe.gov.my. Sebarang maklumat lanjut juga boleh melayari pautan berikut:- https://mro.myraceonline.com/ggr16/registrations atau https://www.facebook.com/Go-Green-Run-2016-981274768587336/

4. Segala perhatian YBhg. Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam hal ini adalah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Poster Go Green Run